Tahniah diucapkan buat pelakon popular Hollywood, Cameron Diaz, 47, yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan.
Berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu lalu.
https://www.instagram.com/p/B63glM7BQAw/
Untuk pengetahuan, bayi yang diberikan nama Raddix Madden itu merupakan anak pertama Cameron bersama suami Benji Madden, 40, sejak mereka berkahwin pada tahun 2015.
Sementara itu, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Charlie’s Angels itu juga memaklumkan mereka tidak akan memuat naik sebarang gambar atau maklumat mengenai Raddix demi melindungi privasi anak kecil mereka.
Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan ini!
Post comments (0)