Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu, rakyat digesa supaya hadkan pergerakkan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Pemain bola sepak Kedah, Zaquan Adha mengakui sedikit sedih apabila perancangannya untuk pulang ke kampung halaman di Seremban terbantut gara-gara wabak itu.

Pasrah dengan arahan kerajaan, suami kepada aktres, Ayu Raudhah itu akhirnya membuat keputusan untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti air di halaman rumahnya.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada 18 Mac lalu.
https://www.instagram.com/p/B922KzhB1OP/
Zaquan juga percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah tatkala tiada rezeki untuk balik berjumpa ibu ayah di Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Zaquan dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.
https://www.instagram.com/p/B7kU9lTBcfy/
Post comments (0)