#Lunagirls, korang start pakai cleanser umur berapa ya? Kalau korang nak tahu, pada peringkat remaja tak pakai cleanser pun tak apa sebabnya kulit kita muda lagi! Tapi janganlah langsung tak jaga.. kalau boleh bersihkan muka dengan air putih pun dah cukup. #Lunagirls nak lagi best? Jom Ummi ajar buat cleanser dari bahan semula jadi yang ada di rumah!
BUAH APPLE
Selain boleh dijadikan snack and jus, buah epal juga boleh dijadikan sebagai cleanser! Caranya mudah girls, korang hanya perlu blender satu biji epal, satu sudu yogurt, satu sudu madu dan minyak zaitun! Bila dah campurkan semua bahan, sapu terus pada muka selama lima minit dan bilas. Cleanser apple bagus untuk korang yang mempunyai kulit kering tau!
MADU
Madu ada banyak khasiat bukan setakat dalaman, tapi luaran juga. Kalau korang nak tahu, cleanser madu boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati kita.. Bukan setakat itu saja, ia juga boleh melembutkan kulit dan melindungi kulit dari cik jerawat yang menyerang! Tapi sebelum apply madu pada muka, korang mesti basuh muka dengan air suam untuk membuka pori-pori, lepas itu sapulah madu dan biarkan selama lima minit. Mesti muka korang akan nampak manis kalah madu! #Tiberr
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Lunaria