
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan kerajaan menggunakan platform sedia ada seperti MyKad, MySejahtera atau e-dompet untuk mengatasi masalah ketirisan minyak masak peket bersubsidi di pasaran.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata dengan penggunaan teknologi seperti itu ia dapat memastikan hanya individu yang layak sahaja boleh membeli minyak masak tersebut.
“Alternatif lain, CAP juga mengesyorkan memperkenalkan kad pengenalan khas bagi tujuan pembelian minyak masak peket,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah ketirisan minyak masak peket yang semakin meningkat.
Kerajaan sebelum ini pernah mempertimbangkan penggunaan sistem kad pengenalan khas bagi pembelian barang bersubsidi selain ada cadangan supaya subsidi itu…