
BATANG KALI: Empat syarikat utama telekomunikasi negara telah diarah untuk ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini bagi meninjau masalah capaian Internet yang lemah dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.
Menurut Jurucakap Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta empat syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis, Digi, Celcom dan UMobile telah turun meninjau lokasi kejadian pada 2 petang tadi untuk memasang parabola masing-masing.
“Bagaimanapun, memandangkan kawasan yang sangat terhad, ia menyukarkan mereka untuk mendapatkan tempat bagi pemasangan antena,” katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata hasil perbincangan, hanya Maxis akan memasang parabola terlebih dahulu sebelum Pusat Media JaPen berkongsi sambungan Wi-Fi…