Dah lama hidup single tapi tak pernah bernasib baik untuk ada kekasih hati? Jangan risau, ikut sahaja cara seorang doktor muda ini dengan cara kongsikan ‘resume’ untuk bakal jodoh.
Menarik betul cara orang sekarang nak cari jodoh, rasanya kalau ramai yang buat cara macam ni confirm tak ramai dah yang single.
Baru-baru ini ada seorang pengguna Twitter iaitu Naquib ada kongsikan ‘resume jodoh’ buat dirinya sendiri.
Adoi lawak betul ya nak cari jodoh sampai letak resume macam tu sekali.
https://twitter.com/Qiiib/status/1302585677024882693
Paling best sekali ialah di mana dia mencari bakal isteri yang mampu untuk melayan kerenah dirinya dan gelak je setiap kali dia buat lawak.
Bukan tu je, siap ada bagitahu apa kelemahan dan kelebihan yang ada dalam dirinya.
Complete ya awak share details diri tu. Rasa macam nak cuba nasib pula.
Ramai netizen berminat dengan cara baharu yang ditunjukkan oleh Naquib dan ada juga yang nak ikut jejak langkah begitu ya.
Lepasni jadi trend la cari jodoh dekat Twitter pula.

Pada sesiapa yang tak dapat lagi jodoh tu, boleh la juga cuba cara ni, mana tahu nanti kalau kahwin boleh buah hashtag #JodohTwitter
Post comments (0)