Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Carilah Bakal Suami Yang Tinggi Ilmu Agama” -Noor Nabila

today6 October 2020

Background

Kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila baru-baru ini telah tampil untuk menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika memilih calon untuk dijadikan suami.

“Siapa-siapa nak cari suami, ilmu agama itu penting,” ujarnya

Katanya, ia amat penting kerana dari situlah betulnya sesebuah institusi kekeluargaan dan rumah tangga yang dibina antara suami dan isteri itu.

Noor Nabila diminta memberi ulasan susulan berita yang mengaitkan adiknya Neelofa, dengan pendakwah PU Riz baru-baru ini.

Akhirnya PU Riz Bersuara Gosip Emoji 'Love', Berbaju Sedondon Dengan Neelofa | Iluminasi

Katanya, dia tidak kisah dengan siapa yang bakal bergelar suami kepada adik kesayangannya itu asalkan Neelofa bahagia dengan pilihannya.

“Tak kisahlah sama ada dengan PU Riz atau sebelum-sebelum ni. Yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dan bahagia. Selagi bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah dan senang dengannya.”

Menurutnya, mereka sekeluarga turut senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung beliau dapat belajar sesuatu daripadanya.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Kedah hampiri slot Piala AFC

Kuala Lumpur: Kedah terus cemerlang dalam usaha menempah slot ke Piala AFC tahun depan apabila berjaya menumpaskan Melaka 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. Walaupun terpaksa menukar venue pada saat akhir namun itu bukan halangan kepada skuad Helang Merah membawa pulang tiga mata penting untuk naik ke tangga kedua Liga Super musim ini. Ucapan terima kasih harus diberikan kepada Shakir Hamzah hasil tandukannya pada minit 19 sudah cukup […]

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *