Kecoh sejak awal malam tadi, apabila tular isu seorang pelakon lelaki didakwa berlaku kasar terhadap bekas tunangnya.
Ekoran itu, netizen dengan begitu pantasnya membuat spekulasi bahawa pelakon tersebut adalah Syafie Naswip.
Menurut sebuah portal hiburan online, kejadian dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu, apabila bekas tunangnya mendakwa Syafie datang ke rumah sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta.
Malah, cekik dan tumbuk hingga berdarah menjadi punca pertunangannya bersama pelakon Aishah Azman putus di tengah jalan selain berang apabila Aisyah menasihati Syafie untuk meninggalkan satu sifat buruknya.
Menjengah ke laman Instagram Syafie, dia dihentam teruk oleh ‘makcik bawang’ menerusi posting terbarunya gara-gara kurang senang dengan kontroversi tersebut.
https://www.instagram.com/p/B0aguFenqJq/
Pelakon filem Mukhsin itu bagaimanapun telah hadir menyerah diri di Balai Polis Kinrara serta mengaku mencederakan mangsa.
Dia juga dilepaskan dengan jaminan polis sebaik rakaman percakapan diambil.
Mengimbas semula, Syafie Naswip dan Aishah Azman mengikat tali pertunangan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu, namun memutuskan pertunangan beberapa minggu lalu.
Post comments (0)