Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

CEO PNB Galakkan Kerja Dari Rumah Sampai Raya Dapat Pujian Netizen!

today8 May 2020

Background
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan secara berfasa sehingga fasa 4, kerajaan turut mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan bagi membolehkan beberapa sektor penting ekonomi membuka kembali perniagaan.
Beberapa syarikat telah memulakan perniagaan mereka, namun ada juga yang masih menunggu waktu yang sewajarnya, untuk memberi peluang kepada warga yang terjejas membuat perancangan lebih teliti.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Jalil Rasheed tidak ketinggalan menyuarakan pendapatnya serta berkongsi pengumuman mengenai “Work-From-Home” untuk kakitangan PNB.

Menurut Jalil, tempoh “Work-From-Home” dipanjangkan lagi sehingga akhir bulan Mei, bagi memberi peluang kepada kakitangan PNB terutamanya yang mempunyai anak untuk terus bekerja dari rumah.
Selain itu, ia bagi membolehkan kakitangannya membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Tweet Jalil mendapat reaksi positif dan pujian netizen, selain turut dikongsi lebih 1000 kali.

Beberapa siri Tweet Jalil turut mendapat respond daripada netizen.

Semestinya, bergelar CEO di usia muda, iaitu 37 tahun, keputusan yang dibuat memang ditunggu-tunggu kakitangan syarikat itu dan mendapat sokongan secara keseluruhan
Good one, Mr CEO!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *