Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

CEO PSM mengaku tak salah 7 tuduhan rasuah berkait projek pusat skuasy

today18 June 2026

Background


Ilyas Jamil
CEO PSM Ilyas Jamil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR:

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Ilyas Jamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh tuduhan rasuah membabitkan lebih RM1 juta berhubung tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

Ilyas, 42, mengaku tidak bersalah selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Kesemua tujuh tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Bagi tuduhan pertama, Ilyas didakwa meminta RM1,005,000 daripada kontraktor Yap Yeow Kuen, 59, sebagai dorongan untuk melantik Aerolux Power Constructions Sdn Bhd sebagai pembida yang berjaya bagi projek bernilai RM8.73 juta untuk menaik taraf gelanggang dan kemudahan sukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur Sports City.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat PSM di Sri Petaling…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post