
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan aktiviti ceramah dan kempen pada pilihan raya negeri (PRN) Johor dilanjutkan hingga 12 tengah malam.
Dalam edaran SOP PRN Johor yang dikemaskini itu, SPR bagaimanapun berkata ceramah di premis terbuka atau tempat umum kekal tidak dibenarkan.
Katanya, sebarang bentuk hiburan semasa berkempen juga tidak dibenarkan sama sekali.
“Penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis sebelum ceramah atau kempen diadakan,” katanya.
Pada 18 Feb, SPR menetapkan penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor, namun tidak boleh melebihi jam 10 malam.
Ceramah dan kempen juga hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100…