Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mengimbau kembali zaman susah senang bersama adik-beradiknya.
Menerusi sebuah video di TikTok miliknya, Che Ta bercerita ketika masih kecil dia selalu berkongsi makanan bersama adik-beradiknya dan tidak pernah menganggap kesusahan itu satu bebanan.
“Memori zaman kecil-kecil dulu macam ni lah. Apa yang kita makan, kita kongsi dengan adik-beradik. Zaman kami dulu bukan senang pun, susah… sangat susah!
“Tapi kami tak rasa pun perit susah tu, rasa bahagia saja. Mungkin sebab kami adik-beradik tujuh orang, sanggup kongsi apa sahaja sampai lupa kesusahan itu dan terbawa-bawa sampai ke tua. Alhamdulillah,” tulisnya di kapsyen.
@rozitachewan1 Memori zaman kecik2 dulu mcm ni lah , apa yg kita mkn kita share dgn adik , apa yg adik mkn , dia share dgn kita .. zaman kami kecik2 dulu bkn senang pun .. susah , sgt susah ! Tp kami tk rasa pun perit susah tu , rasa happy ja .. mungkin sb kami adik beqadik 7 org tu , sanggup kongsi apa saja sampai lupa kesusahan saat tu .. dan , terbawak bawak sampai ke tua😜 Alhamdulillah . . #kaftancheta #cheta #rcw #rozitachewan #fyp #adikberadik
♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official
Sebelum ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini hangat menjadi sebutan ramai selepas dia menerima notis isytihar bankrap yang disyaki dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat gagal menjelaskan cukai LHDN.
Bagaimanapun, Che Ta menjelaskan dia tidak pernah terlepas daripada membuat pembayaran cukai melalui ejen dilantik.
Selain isu tersebut, Che Ta turut dikaitkan dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta selepas kediamannya diserbu, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: “Bayar Tax Ni Memang Sampai Mati” – Che Ta Muat Naik Bukti Resit Bayar Cukai LHDN RM50,000
Artikel Berkaitan: Pelaksanaan Penghakiman Ditangguh, Che Ta Sudah Bayar MARA RM550,000
Artikel berkaitan: “Biasiswa Student Tak Ada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan” – Che Ta