COVID-19 telah mengubah banyak gaya hidup, termasuk melepak di kedai kopi. Baru-baru ini, gambar sebuah kafe di Paris tular di internet, di mana pemilik kafe itu meletakkan teddy bear di meja makan untuk duduk bersama pelanggan demi menjaga jarak sosial.
Restoran dan kafe ini terus berusaha menarik sebanyak mungkin pelanggan dan memastikan semua orang selamat semasa menikmati makanan atau minuman mereka.
Usaha kafe-kafe di Paris ini untuk mewujudkan jarak sosial di kalangan pelanggan turut mendapat banyak pujian dari warganet.
Comel betul lah, kalau Malaysia pun ada macam ni, harap-harap tak hilang lah teddy bear tu nanti.
Post comments (0)