Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Comelnya… Gandingan Meerqeen & Anna Jobling Buat Netizen Blushing!

today6 June 2022

Background

Gandingan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling dalam drama Melur Untuk Firdaus menerusi slot Lestary, TV3 berjaya membuat pengikut setianya angau.

Walaupun baru enam episod ditayangkan, drama rantaian ini telah menerima sambutan yang baik sekali gus memuji cara lakonan kedua-dua pelakon yang baru meningkat naik itu.

“Cerita ni memang best… Pelakon pun superb,” komen seorang warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Lebih menarik lagi, ada juga peminat setia drama ini yang berkongsi klip-klip menarik dari drama itu menerusi platform TikTok.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi positif dari peminat Meerqeen dan Anna yang pertama kali digandingkan bersama menerusi drama ini.

“FIRST MDRAMA THAT REALLY MAKE ME FELL IN LOVE,” komen seorang warganet.

“Boleh tercabut kaki menahan rasa blushing,” tulis seorang netizen.

“Aku asyik memblushing je tengok cite ni, rasa macam best je kahwin paksa dengan lelaki yang still hormat isteri camni,” komen seorang netizen.

@jasminemelur Reply to @_ok_okokyes Okay Melur Sayang👌😭#meluruntukfirdaus #meerqeen #annajobling #dramamelayu #fyp ♬ Ive nightcore – kpop nightcore 🫶🏼

Sebelum ini, Meerqeen pernah menyatakan yang dia tidak memerlukan sebarang gimik murahan semata-mata untuk mempromosikan drama yang dilakonkannya.

Selain Meerqeen dan Anna, drama Melur Untuk Firdaus ini turut dibintangi oleh Fimie Don, Nesa Idrus, Hani Nazrina dan ramai lagi

Jangan lupa saksikan Melur Untuk Firdaus setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Written by: Salma