Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Cover Lagu Menadah Gerimis, Aina Abdul Dapat Pujian Anuar Zain

today13 January 2020

Background

Nama penyanyi yang popular menerusi lagu Sumpah, Aina Abdul kini semakin mendapat tempat dihati peminat.

Selain lantaran vokalnya yang padu, peribadinya yang sentiasa merendah diri turut dikagumi ramai termasuk pengikutnya.

Terbaharu, Aina telah merakamkan cover lagu Menadah Gerimis nyanyian Ziana Zain dan dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B7NKiAhnk9g/

Bukan sahaja dalam kalangan peminat, video berkenaan turut meraih perhatian daripada penyanyi berpengalaman termasuklah Anuar Zain.

Selepas menerima pujian berkenaan, pengikut lain turut serta membalas komen tersebut dengan memaklumkan Aina juga layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34.

Anuar kembali membalas komen berkenaan menyatakan dia juga tahu tentang perkara itu.

Dalam perkembangan lain, anugerah berprestij itu akan diadakan pada 9 Februari 2020 yang turut bakal dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad serta Haziq Hussni.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *