Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dah 4 tahun Sharifah Sakinah Tak Memandu Gara-Gara Disklesia

today10 September 2019

Background

Siapa sangka, pelakon tinggi lampai Sharifah Sakinah menghidap penyakit disleksia tahap sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).

ADHD merupakan gangguan yang ditandai dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan kurangnya perhatian.

Ekoran masalah itu, Sakinah mengakui berasa takut untuk memandu dalam keadaan jarak jauh.

“Sampai sekarang saya takut untuk memandu kerana orang yang menghidap disklesia tak tahu kiri kanan. Saya tak tahu mana satu pedal minyak dan pedal brek. Itu yang menyebabkan saya takut salah tekan.
“Saya boleh memandu cumanya dalam jarak yang dekat dan pastikan tiada gangguan seperti kereta dan lori yang banyak,” katanya.


Dirinya juga mengalami trauma selepas pernah terbabit kemalangan beberapa tahun lalu.

“Saya pernah mengalami kemalangan ketika sedang hamil dan sebab itu saya jadi takut untuk memandu lagi. Saya akan jadi trauma.
“Kalau saya memandu, saya akan pandang belakang kalau-kalau ada kereta laju dari belakang,” ujarnya lagi.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *