
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Ketua Polis Kulim, Syamsul Sinring, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang pada waktu rehat.
Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang guru 48 tahun memaklumkan pelajar itu ditemui dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah.
“Pengadu kemudian ke lokasi dan mendapati mangsa masih sedar serta boleh bercakap, sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.
“Hasil temu bual polis dengan mangsa mendapati dia mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mangsa mendakwa sering membandingkan…