
KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng beritahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas ketua polis negara menafikan khabar angin mengatakan anak lelakinya ditahan di Singapura, kononnya kerana cuba seludup wang tunai RM2 juta.
Bekas menteri kewangan itu berkata Abdul Hamid Bador mengumumkan bahawa dakwaan mengaitkan Clint dengan jenayah itu adalah berita palsu.
“Sebuah akhbar Cina tempatan melaporkan maklumat ini tetapi tidak menamakan Clint atau saya.
“Bagaimanapun mereka kemudian memohon maaf kerana menyiarkan maklumat yang tidak disahkan dan menarik balik laporan itu,” kata Guan Eng ketika beri keterangan dalam kes saman terhadap penulis blog, Wan Azri Wan Deris.
Guan Eng dan Clint saman Wan Azri pada 2021 selepas penulis blog itu menyebarkan tuduhan bahawa Clint ditahan ketika cuba menyeludup RM2 juta ke Singapura.
Wan Azri dakwa Guan Eng terbang ke Singapura pada 29 Feb 2020 untuk selamatkan…