Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dakwaan Dedah Aib Bapa Kandung, Azhar Sulaiman Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis

today9 September 2022

Background

Pelakon, Azhar Sulaiman, 51, tampil memohon maaf secara terbuka kepada aktres remaja, Puteri Balqis, 15, atas pendapat peribadinya berhubung pendedahan berani mati remaja berkenaan baru-baru ini.

Bapa kepada pempengaruh, Kasih Iris Leona, 20, memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi tadi menjelaskan dia berpegang kepada beberapa prinsip dalam kehidupan.

Azhar memetik petikan daripada penceramah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang mendorong umat Islam untuk menjaga aib mereka.

β€œSalam Jumaat semua. Saya ingin mohon maaf kepada semua yang marah sangat kepada sya sejak dua tiga hari ni.

β€œApapun saya berpegang kepada:

β€œ1. β€˜Wajib bagi seorang Islam untuk menjaga Aibnya sendiri dan orang lain’ – Ustaz Azhar Idrus

β€œ2. β€˜Regardless you Agama apa, it is a smart thing Not To Share Your Family Secret Openly’ – Mami Azhar Sulaiman

3. When it comes to masalah maruah diri dan keluarga, selesaikan ia mengikut cara yang betul

Dalam pada itu, Azhar berkata dia prihatin terhadap Puteri Balqis dan memohon maaf telah menguris hatinya.

4. Aqish, Uncle Har cares and love you and I am sorry I have hurt your feelings

5. Semoga Segala Urusan Aqish & Family akan Allah SWT permudahkan

β€œThe end,” tulisnya.

Terdahulu, nama Azhar Sulaiman heboh di serata media sosial gara-gara memberi enam pandangan peribadi berhubung kes gangguan seksual Puteri Balqis telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang bercanggah pendapat.

Artikel Berkaitan:Β Isu Dedah Gangguan Seksual Secara Umum, Puteri Balqis Selar Azhar Sulaiman

Artikel Berkaitan:Β Diserang Netizen Gara-Gara Bapa β€˜Tegur’ Puteri Balqis, Anak Azhar Sulaiman Tampil Bersuara – β€œKami Tak Sependapat!”

Artikel Berkaitan:Β Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – β€œDia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

Written by: Aqilah


Previous post