
PETALING JAYA: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin, dikenali sebagai Chegubard, membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengaitkan dirinya menyeleweng dana badan bukan kerajaan (NGO).
Shamsul Iskandar juga menuntut pampasan RM5 juta daripada Badrul atau Chegubard. Dalam surat tuntutan, Shamsul berkata beliau akan memfailkan saman fitnah sekiranya permohonan maaf dan penarikan balik tidak dibuat.
Peguam Shamsul berkata Badrul telah menerima sendiri surat tuntutan itu di Balai Polis Setapak petang tadi, berikutan laporan polis yang dibuat Shamsul Iskandar pada 6 Jan.
Dalam video di Facebook pada 5 Jan, Badrul telah mengaitkan Shamsul Iskandar dengan penyelewengan dana di sebuah NGO.
Shamsul Iskandar berkata…