
BANTING: Anwar Ibrahim membidas naratif dimainkan pihak tertentu bahawa parti DAP menjadi punca permasalahan dalam kalangan orang Melayu.
Perdana menteri itu berkata, sepanjang lapan bulan beliau memimpin kerajaan perpaduan, menteri DAP tidak pernah membantah sebarang peruntukan yang diberikan untuk agama Islam dan orang Melayu.
“DAP dan Loke (Siew Fook) dalam Jemaah Menteri sekarang tidak ada masalah, tambah peruntukan untuk Islam beliau tak lawan, selesaikan berbilion ringgit hutang Felda beliau tak lawan, peruntukan RM3 bilion untuk pesawah padi yang miskin beliau tak lawan.
“Orang Melayu bermasalah bukan disebabkan kaum Cina, bukan sebab DAP, jangan temberang,” katanya ketika memberi ucapan pada program Ramah Mesra Bersama Rakyat Jelajah Madani di Kampung Sawah, di sini malam ini.
Sebaliknya, Anwar berkata, pemimpin Melayu terdahulu yang bersifat tamak haloba, menjadi punca…