Connect with us

Story

Dapat Ekstra Ilmu, Ini 9 Dokumentari Menarik Di DidikTV Yang Wajib Korang Tonton

Bukan hanya untuk pelajar je, dokumentari di DidikTV juga sesuai untuk tontonan umum! Sesiapa je boleh tonton.

Published

on

 

Sejak DidikTV KPM diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi respon positif. DidikTV KPM ternyata membantu mereka dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efisien.

Untuk pengetahuan korang, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM bukan hanya boleh ditonton oleh pelajar je. Sebenarnya banyak dokumentari menarik di DidikTV yang korang bukan pelajar pun boleh tengok. Ini antaranya..

1. BY THE SEA – pantai-pantai menarik di Malaysia

Kredit: Blog Travel Hellocuti

Rindu betul nak pergi pantai. Dapat tonton rancangan ‘By The Sea’ dalam DidikTV KPM ni bagus jugak. Boleh tahu pantai menarik yang ada kat Malaysia. Nanti ajak keluarga dan member korang pergi eh.

2. DUNIA TERSEMBUNYI – budaya unik masyarakat di Asia

Kredit: Kebudayaan Mancanegara – blogger

Sebenarnya banyak masyarakat di Asia yang mempunyai budaya unik. Lepas tonton rancangan ‘Dunia Tersembunyi‘ dalam DidikTV KPM, mesti terkejut sebab ada budaya sebelum ni tak pernah tahu wujud.

3. GO TRAVEL – tempat pelancongan menarik di negara ASEAN

Kredit: PolicyStreet

Kaki travel mesti suka tonton rancangan ‘Go Travel‘ dalam DidikTV KPM. Program ni memaparkan tempat pelancongan menarik di negara ASEAN. Boleh catat siap-siap. Nanti dah boleh travel tu pergi la eh.

4. SUPPER HEROES – negara popular dengan ‘late night cravings

Kredit: We Heart It

Selalu craving makanan tengah malam? Korang mungkin tergoda dengan rancangan ‘Supper Heroes‘ dalam DidikTV KPM. Banyak negara luar popular dengan late night cravings tau. Tiba-tiba lapar pulak.

5. FESTIVAL JURNAL KEMBARA DUNIA – festival dunia yang popular

Kredit: MLDSPOT

Korang yang pernah melancong ke negara luar mesti suka sertai festival yang ada. Meh tonton rancangan ‘Festival Jurnal Kembara Dunia‘ dalam DidikTV KPM. Banyak festival dunia yang popular rupanya.

6. JURNAL RESIPI – jatuh bangun chef dan pengusaha industri makanan

Kredit: E21

Siapa kat sini chef? Biasa la dalam perjalanan industri makanan ni mesti ada cabarannya. Korang boleh belajar macam mana nak hadapinya dengan rancangan ‘Jurnal Resipi‘ dalam DidikTV KPM okay.

7. OFF THE HOOK – lokasi memancing yang unik

Kredit: 1ZOOM

Mana kaki pancing semua? Kalau korang nak tahu lokasi memancing yang unik, boleh tonton rancangan ‘Off The Hook‘ dalam DidikTV KPM. Boleh la korang tahu lokasi yang banyak ikan kan?

8. THE STREETS TANAH AIRKU – jalan bersejarah di Malaysia dan kisah di sebaliknya

Kampung Padang Jambu, Sura

Sebagai rakyat Malaysia, kena la tahu sejarah yang ada di Malaysia.  Tonton rancangan ‘The Streets Tanah Airku‘ dalam DidikTV KPM. Korang akan tahu jalan bersejarah di Malaysia. Ada kisah di sebaliknya.

9. UNSUNG PLACES – destinasi pelancongan unik yang tak diketahui ramai

Kredit: Cari Homestay

Bayangkan wujudnya tempat pelancongan yang korang tak pernah tahu pun sebelum ni. Sebab tu kena tengok rancangan ‘Unsung Places’ dalam DidikTV KPM. Misteri jugak la rancangan ni. Tak sabar nak tengok.

Itulah antara dokumentari menarik di DidikTV KPM yang korang boleh tonton. Orang kata, tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China. Jangan lepaskan peluang ni untuk dapatkan ilmu tambahan yang berguna dengan DidikTV KPM.

Untuk makluman, korang boleh tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Saksikan jugak episod terkini DidikTV KPM di Youtube Channel ntv7MALAYSIA Official.

Akhir kata, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM ternyata dapat menyuburkan budaya ilmu di kalangan rakyat Malaysia. Jom dapatkan ekstra ilmu dengan menonton DidikTV KPM bermula hari ni!

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di