Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dapat Tajaan RM1 Juta, Majlis Sanding Fuad Rahman & Tom Meriah!

today6 March 2023

Background

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang diadakan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.

Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Foodstival anjuran StarVendors itu berlangsung penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis dan peminat yang meraikan pasangan sama cantik sama padan itu dalam persalinan songket berwarna krim cerah.

Majlis perkahwinan tersebut sekali gus mencipta rekod apabila mereka menjadi pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara StarVendors.

Menariknya, majlis resepsi tersebut telah ditaja oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan sebanyak RM1 juta.

β€œTerima kasih kepada Kak Ifa Raziah dan team kerana meraikan perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niat ingin buat yang sederhana sahaja. Syukur alhamdulillah,”kata Fuad ringkas.

 

Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal dari Singapura itu sah menikahi Tom sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia.

Dalam majlis itu, Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga mas kahwin tersebut dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq.

Berkongsi mengenai detik percintaan mereka berdua, Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum iniΒ  terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai program realiti nyanyian.

β€œKalau ingin berkongsi mengenai detik bercinta itu, sudah lama sebenarnya. Kami bercinta daripada dahulu, cumanya on off sahaja. Kemudian kami tidak berhubung untuk masa yang lama.

β€œKami tidak dijodohkan ketika itu apabila Tom sudah berkahwin lain dan saya berjumpa dengan jodoh saya. Kemudian siapa sangka, takdir menemukan semula kami di Gegar Vaganza 9.

β€œSejak daripada GV, saya merasakan itu masa yang paling tepat untuk pilih dia sebagai isteri. Daripada GV juga saya dah beritahu Tom saya ingin bersama dia sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat.

β€œSaya memang sangat sayang dia, berjumpa keluarga pihak dia dan pihak saya. Semua terima dengan baik dan gembira bila tahu kami ingin mendirikan rumah tangga,” kongsi Fuad.

Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang hadir.

 

Written by: Salma