Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dapatkan Fakta Sahih Sebelum Komen” – Fasha Sandha Maafkan Netizen Dakwa Dirinya Potong Usus

today2 June 2023

Background

Aktres jelita, Fasha Sandha telah memaafkan individu yang mendakwa dirinya membuat pembedahan bariatrik menerusi kemas kini Instagram miliknya.

Difahamkan, Fasha telah meminta individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menuduhnya di laman media sosial.

Menerusi hantaran tersebut juga Fasha sempat menitipkan pesanan kepada netizen agar tidak memberikan komen yang tidak sahih kerana boleh mengundang fitnah kepada individu lain dan rakan artis.

“Saya maafkan, hanya untuk kali ini dan semoga dijadikan iktibar. Agar tidak berlaku pada orang lain terhadap artis lain juga

“Dapatkan fakta sahih, sebelum komen. Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapa pun. Jangan sesekali menyalah gunakan sosial media. Negara ada undang-undang. Saya tidak akan menjawab apa-apa lagi tentang isu ini kerana saya dah pun maafkan dia.” Tulis Fasha di kapsyen.

Terdahulu, Fasha telah membuat berkongsi beberapa foto tangkap layar seorang invidu yang mendakwa bahawa dia membuat pembedahan bariatrik yang bertujuan untuk menurunkan berat badan di sebuah hospital di ibu negara.

Fasha juga menjelaskan bahawa dia pernah ke hospital terbabit hanya kerana menemani ibunya yang perlu melakukan pembedahan tersebut akibat faktor kesihatan.

Menerusi hantarran itu juga Fsha meminta individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

ARTIKEL BERKENAAN: Fasha Sandha Berang Dituduh Buat Pembedahan Bariatrik – “Saya Bagi Masa 24 Jam Tunjuk Bukti”

Written by: Aqilah


Previous post