Patahiyah Ismail dilantik ke jawatan itu pada 2015, selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandaraya.

PETALING JAYA: Datuk bandar wanita pertama di Pulau Pinang, Patahiyah Ismail meninggal dunia hari ini pada usia 68 tahun.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jasa Patahiyah kepada negeri itu amat dihargai dan tiada silih ganti.
“Bagi pihak kerajaan Pulau Pinang, salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga bekas datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Patahiyah Ismail yang menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
“Saya berharap agar seluruh ahli keluarga, kenalan dan rakan Allahyarhamah bersabar serta tabah dalam menghadapi kehilangan insan disayangi,” tulisnya dalam catatan di Facebook.
Datuk Bandar ketika ini, Yew Tung Seang turut mengucapkan takziah dan berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih…