Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Datuk Red Dakwa Sudah Bayar Hutang RM30,000 Namun Jabatan Insolvensi Maklum Belum Terima Sebarang Bayaran

today14 May 2024

Background

Jabatan Insolvensi Negeri Selangor (MdI Selangor) memaklumkan pihaknya masih belum menerima bayaran hutang RM30,000 daripada jumlah keseluruhan RM7 juta yang didakwa telah dibuat oleh bekas suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

Menurut laporan Kosmo! MdI Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan, setakat ini Jabatan Insolvensi Negeri itu masih belum menerima apa-apa bayaran daripada Datuk Red.

β€œPembayaran sewajarnya dibayar kepada Jabatan Insovensi Negeri Selangor memandangkan kes Datuk Red ditadbir di sini (Selangor).

β€œCara bayaran boleh dibuat terus sama ada dibayar secara atas talian atau draf bank,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada Kosmo!

Pada Jumaat, Datuk Red dikatakan membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi.

Difahamkan jumlah diperolehi daripada usaha Datuk Red dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti kopi, sambal, baju dan minyak wangi.

Pada Mac lalu, Datuk Red mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Namun jodoh tidak panjang, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada 24 April lalu.

Sumber: Kosmo!Β 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Salma