Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Dayang Dedikasi Lagu Terbaru Buat Barisan Hadapan

today2 June 2020

Background

Penyanyi dengan vokal unik Dayang Nurfaizah kini muncul dengan single raya, Di Pagi Raya Ini.

Lagu terbaru Dayang itu ditujukan khas buat petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi wabak Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Instagram pelantun lagu Sebentar itu pada 1 Jun lalu.

 

Menurut laporan Harian Metro, Dayang merakamkan lagu ciptaan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar itu di rumah sekali gus memberi cabaran baru dalam kerjayanya.

“Bukan mudah nak rakam lagu di rumah kerana saya tidak mempunyai bilik khas untuk sesi rakaman. Jadi saya terpaksa membeli beberapa alat dan mikrofon yang sesuai untuk merakam lagu ini di rumah.

“Menerusi single ini saya banyak belajar banyak ilmu baru. Kalau dulu ada yang tolong tapi sekarang ini saya perlu sesuaikan diri dengan normal baharu yang berlaku,” katanya.

Written by: Jay


Previous post

Sosial

[VIDEO] Dianggap Idola, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Pujuk Anak-Anak Tidak Rebut Mainan

Hanis Zalikha yang juga merupakan seorang usahawan terkenal dan isteri kepada pelakon, Hairul Azreen, sememangnya sering berkongsikan perkembangannya bersama anak-anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah dalam laman Instagram miliknya. Menerusi laman sosial itu juga, Hanis Zalikha yang pada mulanya hanya ingin merakam video kedua-dua anaknya itu sedang makan namun terakam pula gelagat perebutan barang mainan di antara mereka.“Nak record adik beradik makan pasta,... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today2 June 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *