Penyanyi Dayang Nurfaizah memilih Eropah sebagai lokasi meraikan Aidilfitri tahun ini, selain mahu melancong dan berehat selepas penat bekerja.
Percutian Dayang kali ini diiringi ibu bapanya, dan telah berlepas ke Eropah pada Rabu 29 Mei lalu.
Dayang dijangka bercuti selama 3 minggu dan pulang semula ke tanah air pada 20 Jun depan.
“Saya anggap ini masa terbaik hendak meluangkan masa bersama ibu bapa dan anak saudara, Zahraa Aiesha.”
“Alhamdulillah, ibu bapa sudah berusia awal 70an tetapi mereka masih steady. Kebiasaanya, saya balik beraya di kampung di Kuching, namun sesekali ambil udara negara orang, apa salahnya.”
Menurut Dayang, sejurus pulang daripada bercuti, dia bakal sibuk membuat persiapan menjayakan Konsert Dayang Dua Dekad di Istana Budaya pada 21 Julai.
Lebih manis, sehari sebelum konsert berlangsung, dia meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 38.
“Jika diikutkan, persiapan untuk konsert semua sudah dibuat. Buat masa ini, kami dalam proses membuat susunan semula lagu yang bakal dinyanyikan.”
“Saya akan menyanyikan seleksi lagu daripada album pertama hingga terbaru. Saya bakal mempersembahkan 20 lagu hit dan single termasuk beberapa lagu medley.”
Sumber: Berita Harian
Post comments (0)