Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Dayang Nurfaizah Beri Amaran!

today26 June 2019

Background

Mesti ramai yang tak sabar nak saksikan konsertΒ Dayang Dua Dekad oleh penyanyi kesayangan ramai tak lain tak bukan Dayang Nurfaizah ni kan?

Umum turut mengetahuiΒ tiket konsert yang bakal berlangsung pada 21 Julai ini di Istana Budaya sudah habis dijual.

Bagaimanapun, pihakΒ pengurusan penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini menggesa peminat yang memiliki tiket palsu dibeli daripada individu melakukan penipuan supaya tampil membuat laporan polis.

Image result for dayang nurfaizah

“Kalau ada pihak memberitahu mereka mahu menjual tiket yang dibeli lebih awal dan anda mahu membeli, dapatkan butir peribadi penjual.”

Menurut Dayang, pihak pengurusan mula mengesan berlaku penipuan membabitkan penjualan tiket daripada pihak ketiga apabila ada peminat tampil mendakwa ditipu apabila nombor siri dan tempat duduk pada tiket dibeli adalah sama dengan milik rakannya.

Dayang turut berharap peminat yang tertipu dapat tampil ke hadapan dengan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan diambil.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *