Selepas mengeluarkan lagu yang berjudul Bila Ada Kamu dua tahun lalu, kumpulan wanita De Fam kini muncul dengan single terbaharu berjudul Panas.
De Fam yang dianggotai Sophia Lana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz bagaimanapun sudah mempersembahkan single ciptaan Alif itu di pentas Anugerah Bintang Popular (ABPBH32) baru-baru ini.
“Kami mengharapkan taruhan terbaru ini mendapat sambutan menggalakkan dari peminat muzik tempatan dan mesej positif dalam lagu ini berjaya memberi inspirasi kepada wanita di luar sana,”
De Fam mula mengukir nama mereka sekitar tahun 2015 menerusi lagu #Supergirls disusuli With You (feat Brandon Beal) setahun kemudian.
Post comments (0)