Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dedah Pernah Tanam Benang di Hidung, Michael Ang Nafi Suntik Botox

today17 August 2022

Background

Nama Michael Ang sering menjadi sasaran pertanyaan wargamaya mengenai perubahan pada wajahnya.

Terbaharu, Michael Ang didakwa membuat pembedahan di bahagian muka dan menyuntik botoks.

Membidas dakwaan itu, Michael tampil memberi penjelasan bahawa dirinya pernah menjalani prosedur menanam benang pada hidung, dua tahun lalu.

β€œHampir setiap hari saya menjawab pertanyaan netizen tentang perkara ini di Instagram Live. Kalau ada yang mempertikai, saya enggan ambil pusing. Saya tahu apa yang saya buat.

β€œSaya bukannya buat pembedahan pecahkan rahang atau menyuntik botoks dan sebagainya. Perubahan itu hanyalah sementara dan akan hilang selepas dua tahun. Tidak kekal pun,” katanya.

Pengarah terkenal itu juga turut mendedahkan dia melakukan prosedur menanam benang pada hidung hanya sekadar ingin mencuba.

β€œSaya akan berlaku jujur, maklumkan yang sebenarnya kepada netizen. Saya tanam benang pada hidung dan melakukannya sekadar ingin mencuba.

β€œTidak pernah pula netizen menyerang saya kerana perkara ini. Kalau ada sekalipun, mungkin mereka yang dalam kalangan β€˜ahli syurga’.

β€œJika masih ada yang mempersoalkan halal dan haram tindakan saya ini, terpulanglah kepada mereka. Lagipun, ia tidak melibatkan sebarang prosedur merubah bentuk wajah secara kekal,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œWatak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Sumber: Utusan

Written by: Salma


Previous post