Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dedikasi Ucapan Hari Ibu Kepada Noor Nabila, Tindakan Sharnaaz Ahmad Dipuji Warganet

today13 May 2024

Background

Aktor Sharnaaz Ahmad mencuri tumpuan wargamaya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sharnaaz memuat naik foto ibunya, Marina Puteh dan bekas isterinya, Noor Nabila sempena Hari Ibu.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu menitipkan ucapan istimewa buat kedua-dua insan yang hebat dalam hidupnya itu

Sharnaaz menyifatkan kedua-dua figura hebat itu adalah ibu yang terbaik dalam membesarkan dirinya dan anak sulungnya, Jebat Jayden.

“Happy mothers day to this two important figure in my life, Marina Puteh dan Noor Nabila @noornabila

“We have our up and downs- but you are undoubtedly a super mother to my little mafia.

“Thank you mama and Nabila for being the greatest mother in this world for me and my son @jebatjayden ,” coret Sharnaaz.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa senang dengan perkongsian aktor tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan Sharnaaz seorang lelaki yang budiman dan Jayden sangat beruntung memiliki bapa yang terbaik.

Sharnaaz

Untuk info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Namun, membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah


Previous post