Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu

today24 August 2022

Background



Polis berkata pihaknya setakat ini merakam percakapan pengadu iaitu pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah serta pegawai komunikasi korporat.

PETALING JAYA: Polis akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung deraf penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap Najib Razak, yang bocor, semalam.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya setakat ini merakam percakapan pengadu iaitu pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah serta pegawai komunikasi korporat.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima dua laporan yang dibuat di daerah berkenaan.

“Keterangan beberapa lagi orang akan diambil bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 203 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, A Asmadi dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka siasatan berhubung kebocoran deraf…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters