Wan Kamariah Daud ikrar untuk terus menyantun dan membantu gelandangan di Chow Kit, selagi boleh.

KUALA LUMPUR: Raya bersama orang tersayang sering membawa maksud meraikan Aidil fitri bersama ahli keluarga dan sanak saudara.
Namun lain bagi Wan Kamariah Daud, 71. Beliau meraikan 1 Syawal dengan gelandangan di Chow Kit – termasuk yang sakit berkudis dan menghidap HIV atau terbiar oleh ahli keluarga.
Untuk aktivis warga emas ini, merekalah ‘orang tersayang’ untuk bersama meraikan Aidilfitri pertama.
“Mak Wan lebih suka beraya di sini. Pagi raya masak di rumah, saya ajak mereka makan,” katanya kepada FMT. Menu tahun ini barangkali nasi dagang, tambahnya.
Sejak lebih 15 tahun lalu, Kamariah menyantuni gelandangan. Sekarang beliau bergiat dengan Warung Makan Sahabat, sebuah pusat komuniti untuk gelandangan yang diwujudkan oleh Yayasan Amal Malaysia pada 2020.
Beraya…