Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

‘Di Matamu’ Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

today23 April 2019

Background

Siapa sangka satu kegagalan dalam percintaan sebenarnya membawa seribu tuah buat penyanyi Sufian Suhaimi tahun ini terutama dalam bidang kerjayanya.

Terbaru, lagu meruntun jiwa yang menjadi sinonim buat rakyat Malaysia iaitu Di Matamu tersenarai dalam Malaysia Book Of Records dengan meraih lebih 56,485  juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 22 Mac 2018 lalu.

Ia mencatat kejayaan tersendiri dengan memecah rekod tontonan tertinggi muzik video di Youtube bagi lagu artis Malaysia.

Sementara itu, Sufian turut berkongsi perasaan gembiranya di lamaan Instagram.

https://www.instagram.com/p/BwlZh6WF4w3/

Wah, bangganya dengan Sufian Suhaimi! Ini akan menjadi sejarah terindah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single terbaru, Mencuba ini.

 

Lagu hasil ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen ini turut bergelar finalis pada Anugerah Juara Lagu ke-33 pada Februari lalu selain mencipta fenomena apabila dikaitkan dengan kisah cinta Sufian yang tidak kesampaian bersama bekas tunang, Elfira Loy.

Apa pun, benda yang lepas usah dikenang. Semoga Sufian Suhaimi terus sukses di masa akan datang.

Tahniah Sufian!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *