Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa ‘Annoying’ Selepas Hubungan Cinta Berakhir, Janna Nick Mohon Maaf

today2 December 2022

Background

Bulan lalu kecoh di media sosial mengenai percintaan pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann yang didakwa sudah berakhir selepas mendedahkan status dirinya adalah ‘single’.

Terbaharu, Janna yang kini berada di luar negara sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila memuat naik hantaran berunsur sedih.

Menerusi hantaran itu, Janna memaparkan mesej yang diterimanya yang menyatakan Janna tidak perlu memuat naik sebarang hantaran berkaitan kisah putus cintannya itu kepada umum.

Pada tangkap layar itu juga turut disertakan sebuah lagu sebagai bunyi latar yang dinyanyikan sendiri oleh Janna.

“You’re so annoying. Dah break tu sudah la tak payah nak post-post macam-macam.

“Quotes la, photos la. It made you look so bad. Have some respect to your ex and your relationship. There were good memories too, stop focusing on bad ones,” tulisnya di hantaran itu.

Tampil membalas kenyataan itu, penyanyi itu memohon maaf kepada semua malah mengakui dirinya tidak matang dalam berdepan situasi itu.

“Saya minta maaf seandainya posting-posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.

“Saya sedar..Saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situation macam ni. I’m so sorry.

“But I promise I’ll come back stronger. Only time will heal,” tulis Janna di ruang kapsyen.

Dalam hantaran sama, bekas pengacara Melodi ini turut menulis beberapa potongan ayat seolah-olah lirik lagu memberi bayangan situasi yang dihadapinya kini.

“Terima kasih mentari setia pernah membelai hati yang dahaga, Pernah mendakap jasad yang meronta.

“Sedarlah aku sayang tidak selamanya berpanjangan, Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” luah pelantun lagu Gatal itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Bagaimanapun, hantaran Janna ini dilihat ruangan komen juga ditutup.

Terdahulu, Janna membuat hantaran dengan berkongsi kenyataan sedih seperti sudah putus bersama Dini malah sudah tidak lagi mengikuti kekasihnya dalam Instagram.

Written by: Aqilah


Previous post