Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa Ceraikan Isteri Tanpa Niat, Hafidz Roshdi Minta Mahkamah Teliti Semula?

today2 March 2023

Background

Baru-baru ini, timbul satu dakwaan berhubung pelakon, Hafidz Roshdi yang dikatakan telah membuat permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada.

Memetik laporan Harian Metro, sumber memaklumkan Hafidz memohon pihak mahkamah untuk meneliti semula dakwaan cerainya itu dari segi rukun dan syarat.

“Hafidz memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat.

“Jadi dia memohon mahkamah untuk meniliti lafaz cerai sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya,” katanya.

Sumber juga memaklumkan mahkamah akan menetapkan satu tarikh baharu bagi pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut.

Sebelum ini, nama aktor Melestik Ke Hatimu ini hangat menjadi perbualan ramai setelah timbul kontroversi mendakwa dirinya curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Athirah Yuhada.

Susulan itu, beberapa minggu selepas berita tersebut tersebar, Hafidz dikhabarkan telah melafazkan cerai terhadap Shuhada dihadapan keluarga menerusi sebuah panggilan telefon.

Artikel Berkaitan:Β Balas Statement Bekas Isteri, Netizen Label Hafidz Roshdi Lelaki Psiko?

Artikel Berkaitan:Β β€œMoga Nafkah Anak-Anak Takkan Putus” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Fail Cerai?

Artikel Berkaitan:Β Lafaz Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon, Adik Ipar Sahkan Hafidz Roshdi Cerai Isteri

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah