Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa cuai biar anak 12 tahun pandu kereta, warga Pakistan mengaku tak salah

today7 August 2024

Background


Warga Pakistan didakwa kerana cuai dan gagal mengawasi anak lelakinya berusia 12 tahun memandu kereta sehingga boleh mendatangkan kecederaan fizikal, bulan lalu.

SEPANG: Seorang warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan cuai dan gagal mengawasi anak lelakinya berusia 12 tahun memandu kereta yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal, bulan lalu.

Tertuduh yang juga pemegang kad pemastautin tetap (MyPR) berusia 53 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Putra Impiana, Puchong, pada 28 Jul lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen 31(1) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahin Sasaruddin manakala…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post