Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Kena Ajar Anak Jadi Imam Untuk Sembahyangkan Saya Nanti Kalau Mati Secara Normal” – Azhar Sulaiman

today7 August 2024

Background
azhar hot fm

Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan hasratnya untuk mengajar anak lelaki, Andika Rees Pahamin mengenai cara mengendalikan solat jenazah.

Azhar berkata perancangan itu dibuat selepas dia tidak berkesempatan untuk menjadi imam solat jenazah kepada arwah bapanya kerana ketika itu berada di luar negara.

“Behar (panggilan nama Azhar) tak ada di Malaysia ketika arwah Bapak meninggal dulu dan tak tahu pun macam mana nak buat (solat jenazah).

“Jadi sekarang Behar kena ajar Rees menjadi imam untuk sembahyangkan saya nanti kalau mati secara normal,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya pada Selasa.

Sementara itu, aktor drama rantaian Lelaki Tebing ini turut berkongsi petikan daripada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan anak lelaki adalah diwajibkan untuk menjadi imam jenazah bapa.

Nota kaki: Anak lelaki wajib sembahyangkan jenazah ayah mereka sendiri, Ustaz Azhar Idrus,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Azhar itu serta mendoakan agar Rees dapat menunaikan hajat bapanya itu.

Azhar Sulaiman

Sekadar info, bapa Azhar iaitu Kapten Sulaiman Ismail iaitu Ketua Platon Batu Malim merupakan antara pejuang hebat anggota Force 136 menentang Jepun sekitar tahun 1944 dan 1945.

Artikel Berkaitan: Rumah Bersepah Angkara Monyet, Azhar Sulaiman Pening Kepala – “Nak Mengeluh Pun Tak Guna Sebab Behar Arkitek Rumah Sendiri”

Artikel Berkaitan: Ini Komen Azhar Sulaiman Bila Leona Mimpi Syed Saddiq – “Semoga Tabah Hadap Liku Hidup Bersama Mekna”

Written by: Aqilah


Previous post