Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah jenama fesyen tempatan dikatakan memplagiat atau menciplak idea dari usaha pereka fesyen berdarah Palestin, Sarah Musa.
Sarah Musa, 40, yang mengusahakan produk skarf Kefiyyah mengakui kesal apabila sebuah jenama fesyen Malaysia memplagiat rekaan design skarf yang dihasilkannya.
Malah, Sarah yang mula menceburi bidang fesyen sejak kecil itu turut terkejut apabila jenama fesyen tersebut ‘mencuri’ hasil usaha mereka sedangkan jenama tersebut menyokong Palestin.
“Bolehkah semua orang panggil @lima.segi dan komen pada siaran jenama mereka kerana mencuri cetakan kami dan menjadikannya dalam pelbagai warna, salah satunya sama dengan cetakan kami.
“Sebagai pereka Palestin, saya terkejut bahawa mereka mendakwa menyokong Palestin namun mencuri cetakan daripada pereka Palestin,” tulis Sarah kecewa.
Teruk dikritik, akhirnya jenama fesyen tempatan tersebut tampil mengeluarkan kenyataan dengan mengakui salah mencuri hasil rekaan jenama Sarah Musa itu.
Malah, jenama tempatan tersebut turut memaklumkan pihaknya sudah menghentikan penjualan skarf ‘ciplak’ tersebut.
“Maaf untuk makluman anda bahawa sebuah syarikat telah ‘mendakwa’ kami menyalin rekaan design Kefiyyah mereka. Untuk mengelakkan komplikasi lanjut, kami perlu berhenti menjual rekaan design tersebut.
“Jom sokong Kefiyyah original by Sarah Musa Kami amat memohon maaf atas kesulitan ini,” tulisnya dalam sebuah kenyataan.
Dalam pada itu, Sarah Musa turut menuntut hasil jualan skarf ciplak oleh jenama tempatan tersebut disalurkan sepenuhnya kepada tabung bantuan Palestin.
“Kami telah meminta dua perkara yang kami tidak dapat maklum balas daripada @geehazakaria. Pertama, berapa banyak keuntungan yang diperoleh daripada menjual reka bentuk curi kami dan untuk membuang inventori.
“Saya telah menyatakan dengan jelas bahawa saya ingin 100% daripada keuntungan didermakan kepada Palestin, dan untuk inventori itu dicincang dan dikitar semula,” jelasnya lagi.
Terdahulu, penyanyi polular, Yuna turut membeli jenama skarf Sarah Musa tersebut dan menyokong pendirian jenama fesyen tersebut terhadap Palestin.
Menjengah ke ruangan media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal apabila jenama fesyen yang bertapak di Pulau Pinang itu tergamak melakukan perkara tersebut.
Malah, ramai menyifatkan tindakan tersebut adalah memalukan buat rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama rakyat Palestin.
Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!