Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Syamsul Yusof & Puteri Sarah: “Saya Masih Single Okay!” – Ira Kaza

today23 June 2022

Background

Sedar namanya kini sedang hangat menjadi bualan ramai di laman sosial, Ira Kaza tampil membuka mulut sekaligus telah menjawab spekulasi yang mengatakan dia sudah bertunang dengan pengarah filem, Syamsul Yusof.

Menerusi Instagram Story (IGS) miliknya, anak pelakon veteran Kazar Saisi itu telah membuat satu perkongsian dengan memberi ulasan selepas melihat tayangan perdana filem Black Phone di sebuah pawagam semalam.

Ketika sedang membuat ulasan mengenai filem itu, Ira sempat memberikan ‘hint’ mengenai status dirinya dengan menyatakan dirinya masih single buat masa sekarang dalam keadaan santai.

“By the way, saya masih single okay!” ujarnya ringkas.

Sehubungan itu, pengakuan Ira itu dapat membuat orang ramai mengetahui kebenaran tentang sejauh mana spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan Syamsul.

Hal demikian heboh diperkatakan kerana kecoh di media sosial mendakwa Ira dan Syamsul telah selamat melangsungkan pertunangan selepas seorang pengguna Instagram memaklumkan berita tersebut kepada isterinya, Puteri Sarah Liyana melalui direct message di IG.

Terdahulu, Puteri Sarah telah meluahkan rasa bengangnya terhadap Ira Kaza gara-gara menganggu rumah tangganya sejak 2019 lagi.

Sehingga kini, isu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih dilanda konflik dengan pelbagai gosip dan khabar angin.

Written by: Salma