Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa Senyap Apabila Artis Indonesia Datang Malaysia, PU Syed Teguh Dengan Pendirian!

today9 September 2022

Background

Penceramah bebas kontroversi, PU Syed sekali lagi menerima kecaman apabila dikatakan ‘senyap’ dan tidak melakukan sebarang bantahan terhadap artis lain terutamanya dari negara seberang yang bakal datang ke Malaysia untuk melakukan konsert di sini.

Perkara ini dibangkitkan netizen selepas PU Syed bertindak menegur dan menghalang keras konsert kumpulan wanita popular dari Korea Selatan,Β  BLACKPINK untuk datang ke Malaysia bagi siri jelajah mereka.

Malah, beliau juga dilihat berkongsi beberapa tangkap skrin yang dimuat naik di Instagram rasmi miliknya berkenaan isu tersebut.

 

Bukan itu sahaja, tindakan menghalang dan memberikan teguran berkenaan situasi ini menyebabkan ada segelintir netizen yang sanggup menggelarnya sebagai seorang munafik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK (@pusyed_official)

 

Namun, tidak gentarΒ  dengan teguran dan kata-kata makian yang diterima, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak menjelaskan, beliau tidak akan berdiam diri dan tetap akan meneruskan dakwahnya dalam mencegah maksiat supaya masyarakat kita teruatamanya anak remaja tidak terus hanyut dalam dunia hiburan yang melalaikan.

“Baru secebis ejekkan dan cercaan yang diterima… Maka Al-Quran merakamkan perbuatan dan kata-kata umat terdahulu kepada para Rasul yang diutuskan Allah.

“Dakwah dan pencegahan maksiat perlu diteruskan..kita sayang agama yg tercinta ini..agar generasi akan dtg tidak terus hanyut,” tulisnya.

Terbaharu, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram pendakwah bebas ini, beliau menegaskan akan menyekat dan menghapuskan mana-mana komen netizen yang tidak beradab atau ‘kurang ajar’ bagi mengelakkan perbalahan.

 

Sumber: Instagram

Written by: Salma