Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Didakwa Terdapat Unsur Kurang Sopan, Ini Sebenarnya Maksud Tersirat Lagu Buai Laju-laju

today9 October 2020

Background

Anda masih ingat lagi tak lagu tradisional kanak-kanak zaman dahulu? Lagu tradisional kanak-kanak kebiasaannya mempunyai nilai murni yang diselitkan untuk diterapkan kepada anak-anak sejak dari kecil.

Antara lagu tradisional kanak-kanak yang popular adalah Buai Laju-Laju. Pasti anda masih ingat kan?

Baru-baru ini kecoh di Twitter apabila seorang pemuda mendakwa bahawa lagu tersebut mempunyai unsur kurang sopan.

Menurut pemuda berkenaan, Bunga Cina yang terdapat dalam bait lagu tersebut merujuk kepada bahagian buah dada wanita.

Namun, dakwaan pemuda itu disangkal oleh beberapa netizen yang menjelaskan maksud sebenar Bunga Cina di dalam lagu tersebut.

“Bunga Cina letak dalam baju berperanan sebagai minyak pewangi. Dalam era yang minyak wangi tidak dijual meluas dan duit hanya digunakan untuk keperluan asas, masyarakat gunakan kaedah semulajadi untuk berwangian,” jelas seorang pengguna Twitter, @danieleskay.

Menurut @ftnawanis pula, Bunga Cina adalah salah satu jenis bunga yang digunakan oleh orang zaman dahulu sebagai pewangi badan, dan diletakkan di dalam baju atau diselit di baju dalam.

“Budaya kita adalah cantik, kita hanya perlu lebih mempelajarinya,” tambahnya.

Netizen turut mengecam pemuda yang membuat ciapan asal tersebut dan berkata dia tidak sepatutnya membuat konklusi sendiri jika tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu perkara.

Inilah dia rupa Bunga Cina atau Gardenia yang dimaksudkan itu.

Bunga cina mini(bunga wangi), Home & Furniture, Gardening on Carousell

 

Artikel ditulis oleh: Irfan Hussain

Written by: Azra Azuar


Previous post

120611302_10222690588188748_891428466342122955_o

Sosial

Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Untuk Menjual Barang Basah Secara Online

Menjual barangan basah secara atas talian sudah menjadi trend pada masa kini. Ramai usahawan dan peniaga telah masuk dalam bidang ini. Namun untuk menceburi bidang ini tidak semudah yang disangka. Seorang usahawan dan juga pemilik platform yang menjual barang basah yang berpusat di Seri Kembangan telah berkongsi pengalaman berbisnes dalam bidang ini selama hampir setengah tahun bermula dari pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia awal tahun ini. Saya ingin listdown […]

today8 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *