Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa Timbul Isu Perkauman, Chef Wan Mohon Maaf

today29 May 2024

Background

Gara-gara menyifatkan gaun yang dipakai pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai ketika berada di Karpet Merah Festival Filem Cannes seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves, chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail akhirnya tampil memohon maaf.

Katanya,  dia tidak menyangka gurauannya terhadap gaun yang dipakai Aishwarya itu disalah anggap oleh segelintir pihak.

Malah, dia menegaskan tidak berniat sama sekali untuk mempermainkan mana-mana agama terutamanya agama Hindu.

“Saya mohon maaf kepada semua kerana memuat naik kenyataan sedemikian.

“Bukan niat saya untuk bersikap perkauman atau memburukkan mana-mana agama.

“Sebagai seorang chef selebriti, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia, selain menggalakkan keharmonian kaum, kasih sayang, toleransi dan rasa hormat anatara satu sama lain.

“Jadi, bagaimana saya boleh dilabel sebagai rasis dan menjadi penyebab ketegangan kaum?,” katanya.

Perkara itu dikongsi Chef Wan menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

Terdahulu, pihak polis mengesahkan sudah menerima laporan mengenai isu tersebut dan Chef Wan sedang disiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis Siasat Chef Wan Gara-Gara Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Di Karpet Merah Festival Filem Cannes Dengan Perayaan Thaipusam

 

Written by: Salma


Previous post