Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dikecam Teruk Isu Buka Tudung, PA Vida Tampil Bersuara

today18 October 2022

Background

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi yang melibatkan pembantu peribadi (PA), Datuk Seri Vida iaitu Diyla dilihat muncul dalam satu muzik video tanpa mengenakan tudung.

Tidak berdiam diri, Diyla tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi sebuah hantaran di Instagramnya.

Jelas Diyla, dia memang seorang wanita yang tidak bertudung dan hanya bertudung atas tuntutan kerja.

β€œTentang free hair, maybe yang tidak mengenali Diyla in person mereka terkejut, tapi yang kenal Diyla memang Diyla tidak bertudung.

β€œDiyla pakai tudung sebab itu KPI tempat kerja saya,” katanya.

Namun begitu, Diyla mengharapkan orang yang mengecamnya untuk mendoakannya supaya beristiqamah untuk bertudung.

β€œDiyla mintak pada yang kecam doakan Diyla untuk terus istiqamah berhijab.

β€œBuat masa sekarang Diyla masih cuti dari bekerja dengan DSV,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun begitu, Diyla turut menyatakan andai dia masih ada rezeki untuk bekerja dengan Vida dia akan teruskan.

β€œTapi… untuk masa ke depan ini Diyla tak pasti, ANDAI ada rezeki maybe masih bersama dengan beliau.

β€œAndai rezeki bukan lagi di sana Diyla pun redha… In Sha Allah,” jelasnya lagi.

Untuk info, Diyla baru sahaja melancarkan sebuah lagu baru duet bersama seorang pempengaruh, Faiz Aizif yang berjudul Khilaf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by miSs.Diyla Jazz (@diylajazz)

Written by: Aqilah