Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dikritik Tak Sedar Diri Gara-Gara Pergi Konsert Blackpink, Peminat Tampil Pertahankan Mira Filzah

today8 March 2023

Background

 

Kekal menjadi sohor kini, kemeriahan konsert Blackpink di Malaysia masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Malah, konsert siri jelajah dunia Born Pink itu difahamkan turut dihadiri lebih 60,000 peminat setia Blackpink iaitu Blink pada Sabtu.

Terbaharu, kehadiran pelakon dan pengacara, Mira Filzah antara yang menjadi tumpuan warganet dek kerana dia terkenal dengan jolokan Jisoo Malaysia selain aktres itu sendiri sangat meminati kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan kehadiran Mira sehingga ada yang meletakkan isu ‘double standard’ dan melabelnya sebagai tidak sedar diri gara-gara hadir ke konsert berkenaan.

“Dah jadi isteri dan mak orang bukan masanya pergi tempat-tempat begini (konsert) dah Mira.

“Neelofa dan Heliza Helmi kena tarik Mira Filzah masuk usrah lepas ni.

“Akhir zaman ceramah diharamkan, konsert beria nak pergi,” komen netizen.

Sementara itu, terdapat segelintir pengikut yang tampil mempertahankan Mira kerana menganggap ia hanyalah sekadar hiburan dan tidak perlu diperbesarkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

 

Meskipun pelbagai tanggapan diberikan terhadapnya, aktres itu sempat berkongsi di laman Insta Story (IGS) miliknya memberitahu dia hadir sedikit lewat ke konsert berkenaan selepas Maghrib memandangkan konsert bermula pada jam 8 malam.

Selain Mira Filzah, antara barisan selebriti tempatan yang hadir pada konsert berkenaan adalah, Ayda Jebat, Nadiyah Shahab, Haqiem Rusli, Azfar heri dan ramai lagi.

Dan difahamkan konsert tersebut juga mencapai keuntungan besar sehingga mencecah $9 juta Dollar bersamaan RM40,284,000.

Written by: Salma


Previous post