Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Dilahirkan Tanpa Tangan, Tetapi Wanita Ini Mampu ‘Lilit’ Tudung Sendiri

today15 October 2019

Background

Setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya.

Baru-baru ini video seorang wanita tanpa tangan memakai tudung tular di media sosial.

Siapa sangka wanita yang dikenali sebagai Puan Nor Farrah Syahirah Shah yang dilahirkan tanpa tangan ini mampu memakai tudung sendiri tanpa bantuan sesiapa dan hasilnya amat kemas dan cantik!

Difahamkan, Nor Farrah dari Komuniti Teluk Intan telah dijemput untuk memberikan motivasi kepada pelajar tingkatan 3 di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak.

Hebat! Ini peringatan untuk diri sendiri juga supaya kita sentiasa bersyukur dan berusaha walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Semoga Nor Farrah dipermudahkan urusan selalu.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *