Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Diminta Jangan Formal Sangat, Keletah Bella Astillah Panggil ‘Baby’ Bikin Syed Saddiq ‘Blushing’

today8 May 2025

Background

Pasangan popular, Bella Astillah dan Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian apabila kedua-duanya muncul bersama dalam satu sesi siaran langsung (live) bagi tujuan mempromosikan produk minyak wangi jenama, Dolcea.

Kemunculan mereka dalam siaran langsung tersebut mendapat perhatian ramai kerana kedua-duanya dilihat serasi dan tampil sedondon mengenakan baju berwarna putih.

Lebih menarik, ketika live tersebut berlangsung, Ahli Parlimen Muar itu sempat menegur Bella untuk tidak memanggilnya secara formal.

“Kenapa formal sangat? Kenapa panggil saya YB?,” katanya.

Sedar dengan teguran yang diberikan, Bella bagaimanapun sempat berseloroh memanggil Syed Saddiq dengan panggilan ‘Baby’.

@scha…..a TTL dolcea #syedsaddiq #bellaastillah #BASS ♬ suara asli – TiniDinaeti_25

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons pada hantaran tersebut sekaligus mengaku terhibur melihat gelagat kedua-duanya.

Written by: Aqilah


Previous post