
KUALA LUMPUR: Polis menahan suami isteri kerana disyaki mendera dua anak saudara mereka di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, petang tadi.
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira 6 petang.
Beliau berkata, suspek wanita berkenaan merupakan adik kepada ibu kandung mangsa dan telah menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun, selepas bapa kandung kepada kanak-kanak itu meninggal dunia.
Menurut Farouk, ibu kandung kanak-kanak berkenaan tidak mahu menjaga mereka dan menyerahkannya kepada suspek untuk penjagaan.
“Selain itu, polis turut mengesan adik kepada mangsa lelaki iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang…