
MELAKA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak bagi Sabah dan Sarawak seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.
Ismail yang juga Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63 berkata majlis khas itu bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri itu.
“Pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu, kerajaan Persekutuan telah menyatakan jaminan untuk memberi perhatian kepada isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak. Umpama peribahasa, bersukat sama paras, bertimbang sama berat, kerajaan mahu melihat Sabah dan Sarawak bersama-sama menikmati pembangunan yang pesat, seperti negeri-negeri lain di…